daun

Tuesday, July 27, 2010

::adik aku nama ayu::


dari segi ranking aku adalah kak long...
sebagai kak long yang berjaya dan berkerjaya aku selalunya dijadikan mesin atm oleh adik2 aku untuk memintak pitih sekiranya meraka terdesak...
mereka akan menggunakan struktur ayat yang agak melankolik dan syahdu dikala mereka cuba memohon sumber kewangan yang dikehendaki...

seperti biasa aku akan menggunakan kuasa diktaktor
ingat senang aku nak bagi duit...

antara soalan yang aku akan bangkitkan ketika proses permohonan mereka...

nak buat apa duit tu?
mana pi duit ptptn?
pesal tak mintak kat abah?
ni pinjam ker apa? (seperti biasa jgn harap la itu dikira pinjaman...selalunye kire sedekah je)

maka setiap soklan akan dijawab dgn jawapan yang berupa syahdu juga...

aku sengaja soal banyak...biar diorg rasa skit bukan senang nak dapatkan pitih...supaya mereka tidak boros sesuka suki ati ...supaya next time mereka akan pikir berjuta kali before nak mohon bantuan kewangan dgn aku...

tp baru2 ni aku yang terkena...

ayu: long ko ada seratus?
aku: nape?
ayu: aku nak mintak seratus?
aku: nak buat apa?
ayu: aku dgn kak tam nak kumpul rm nak beli kamera digital...
aku: nak buat apa dengan kamera tu? (sokalan ni agak kurang cerdik skit...aku sengaja tanye banyak2 supaya bdk ni give up rupanye2 dia pi sound aku plak. ayu ni mulut dia mmg agak laser banyak)
ayu: long... ko pernah tengok ke orang makan kamera...mesti la nak amek gambar...nanti baby ko dah kuar ...nak amek gambar baby ko la...gamba konvo aku dll...( tetiba aku rasa terperangkap dgn soklan aku sendiri)
diakhir pebualan aku hati aku berkata...BEDEBAH punya budak...

3 comments:

Maslina Suaid said...

makan kamera tu long...jangan tak makan...

(",) strawberry said...

mmg agak kurang cerdik la soalan ko tu..kamera utk amik gambar la..tapi taktau la pulak, kalau ko guna kamera buat korek idung..

budakbarublaja said...

berani korang support ayu yer...